Malaysia Dateline

COVID-19: Angka kematian 26, 34 orang perlu bantuan pernafasan

Sehingga jam 12 tengah hari ini, terdapat 130 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,161 kes.

Seramai 54 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 34 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian baharu yang telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

Ini termasuk satu (1) pelaporan yang disiarkan di laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan pagi tadi.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 26 kes.

Kes kematian ke-24 (kes ke-1056) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 35 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

Kes kematian ke-25 (kes ke-2032) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 83 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Kes kematian ke-26 (kes ke-1321), adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes 1309).