Malaysia Dateline

Covid-19: Apa nasihat Dr. Jeffrey ketika beli barang keperluan?

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini juga banyak dilaksanakan oleh negara-negara lain ketika ini mengikut kaedah masing-masing.

Banyak informasi yang tersebar di media sosial mengenai cara pencegahan dan penjagaan kebersihan diri individu juga keluarga di rumah juga di luar.

Satu video yang tersebar di YouTube yang asalnya penulis dapati dalam kumpulan WhatsApp yang tertera di blog http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/ di dalam bahasa Inggeris amat menarik.

Oleh itu, penulis mengambil inisiatif menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu agar dapat difahami oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia.

Penulis mengalu-alukan usaha murni jika ada pelukis grafik dapat menterjemahkannya dalam bentuk grafik untuk kefahaman orang ramai.

Perkongsian di YouTube itu adalah usaha murni seorang doktor keluarga, Dr. Jeffrey Van Wingen dari Grand Rapids, Michigan, Amerika Syarikat.

Beliau menerangkan cara pengendalian pembelian barangan dari pasaraya dalam usaha mengurangkan risiko terdedah kepada virus Covid-19. Jika diikuti, boleh menyelamatkan banyak nyawa. Panduan tersebut ditonton oleh lebih tujuh juta penonton di seluruh dunia.

Dr.Jeffrey mencadangkan agar barangan pembelian dari pasaraya ditinggalkan di luar selama 3 jam paling minimum bagi mematikan virus korona tersebut, melainkan jika kita memerlukannya terus atau hanya ambil sahaja apabila kita memerlukannya nanti.

National Institute of Health Amerika Syarikat menyarankan kita meletakkan barangan belian pasaraya di luar selama 3 hari. Jika kita menggunakan khidmat hantaran terus dari pasaraya ke rumah, jangan bawa ke dalam rumah lagi, tinggalkan sahaja di luar dan hanya akan mengambilnya kelak ketika kita perlu sahaja.

Jika perlu membawa masuk ke dalam rumah, maka berikut adalah cara-cara mengendalikan barangan pembelian tersebut secara steril yang diubahsuai mengikut kesesuaian.

Pembeli disarankan agar:

1. Mengelapkan troli pembelian anda setelah selesai pembelian untuk membuang virus Korona dari troli pembelian.

2. Fikir terlebih dahulu apa yang mahu dibeli dan apa yang disentuh di pasaraya hendaklah apa barang yang kita mahu beli. Tetapkan pendirian diri anda. Ini kerana kita tidak tahu sama ada virus korona ada di situ dan kita tidak mahu merisikokan diri mendapat virus korona dari barangan di situ.

3. Rancang pembelian untuk bekalan selama 2 minggu.

4. Jangan pergi membeli-belah jika anda mempunyai masalah pernafasan atau anda akan lebih terdedah kepada virus korona dengan lebih mudah.

5. Jangan menghabiskan masa yang lama di pasaraya.

Apabila sampai di rumah pembersihan (sanitation) meja yang diperlukan untuk mengendalikan barangan pembelian menggunakan apa-apa jenis nyahcemar (disinfectant) yang disarankan boleh oleh Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.

1. Meja yang telah dibersihkan dibahagi kepada dua bahagian yang di mana barangan pembelian asal pada sebelah pada satu bahagian dan bahagian sebelah untuk barangan yang telah dibersihkan.

2. Keluarkan barangan farmasi yang dikatakan telah terdedah selama 72 jam kepada tangan manusia lain. Maka keluarkan dan lap bahagian luarnya dengan pembersih tangan (hand sanitizer).

3. Keluarkan bijirin yang mana bahagian kadbod boleh terdedah 24 jam kepada virus korona. Virus mungkin terdapat di bahagian luar. Manakala bahagian dalam bijirin yang bersalut plastik di adalah terselamat jadi boleh pindahkan ke bahagian meja makanan yang telah dibersihkan.

4. Bagi brokoli atau sayuran terdapat pelbagai pilihan sama ada boleh dikeluarkan dari plastik atau dibersihkan bahagian plastik brokoli tersebut. Anda boleh menyuruh orang lain membuka peti sejuk untuk anda meletakkan brokoli yang telah dikeluarkan dari plastik lalu dimasukkan terus ke dalam peti ais.

5. Bagi pembelian yang akan dibahagikan kepada orang lain kemudian, letakkan beg yang bersih di sebelah bahagian meja yang telah dibersihkan dan letakkan pembelian yang hendak dibahagikan kepada orang lain ke dalam beg tersebut. Sebelum anda meletakkannya pastikan pembalutnya disapu cecair permbersih tangan terlebih dahulu.

6. Untuk roti boleh dikeluarkan dari plastik terus ke dalam mangkuk plastik yang bersih yang telah dibersihkan.

7. Bagi kentang goreng sejukbeku di dalam plastik juga anda boleh keluarkan terus dari dalam plastik terus ke bekas yang telah dibersihkan atau anda juga boleh membersihkan bahagian luar plastik tersebut.

8. Begitu juga bahagian luar kotak minuman perlu dibersihkan dengan cecair pembersih tangan.

9. Bagi buah-buahan pula perlu dibasuh dengan sabun satu persatu agar hilang dari virus korona. Tangan anda haruslah dibasuh 20 saat juga bagi setiap buah-buahan tersebut.

10. Bagi makanan yang siap dibeli kita juga tidak tahu cara pengendalian makanan tersebut. Dikatakan virus korona tidak boleh hidup di dalam makanan. Apa yang merisaukan ialah pembalut makanan tersebut.

11. Makanan itu boleh dipanaskan atau diletak dalam ketuhar gelombang mikro. Kepanasan boleh mematikan virus korona. Makanan beku terdedah kepada virus korona kerana virus tersebut boleh tinggal selama dua tahun di dalam peti ais.

12. Untuk aiskrim pastikan bekas aiskrim dilap dengan cecair nyahcemar (disinfectant).

13. Bagi makanan bersos pastikan dikeluarkan dengan elok tanpa menyentuh pembalut.

14. Buang semua pembalut yang telah dibuang ke luar rumah.

Makan makanan panas berbanding makanan sejuk kerana virus korona tidak tahan dalam makanan panas.

Harap tips tersebut membantu anda semasa membeli dan mengendalikan barang keperluan di pasaraya dan selamat menghadapi PKP semoga Malaysia bebas virus Covid-19.

*Penulis ialah Pensyarah Kanan (Undang-Undang Biokeselamatan), Fakulti Syariah Dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).