Malaysia Dateline

Covid-19: Bayi 37 hari korban termuda di Greece

Seorang bayi lelaki berusia 37 hari di Greece menjadi mangsa paling muda wabak Covid-19 di Greece.

Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis melalui Twitter, semalam menyatakan bayi itu meninggal dunia selepas 37 hari bertarung nyawa.

“Sungguh menyedihkan, berlaku kematian mangsa termuda pandemik Covid-19 di negara kita membabitkan seorang bayi berusia 37 hari yang berjuang selama 17 hari melawan penyakit itu.

“Kesedihan ini dirasakan tidak tertanggung,” katanya.

Menurut Kementerian Kesihatan, bayi itu dibawa ke sebuah hospital kanak-kanak di Athens pada pertengahan bulan lalu kerana mengalami radang hidung serta demam.

Sehari kemudian, bayi itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum meninggal dunia semalam, lapor AFP.

Hampir 6,800 orang mati akibat Covid-19 di Greece, setakat ini, manakala hampir 480 pesakit sedang dirawat di ICU.

Minggu lalu, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa pihaknya meminta bantuan hospital swasta ekoran sistem kesihatan awam di Athens sedang berada dalam ‘tekanan tidak mampu ditanggung.