COVID-19: Berebutkan antiseptik wanita sanggup tikam dua pelanggan

COVID-19: Berebutkan antiseptik wanita sanggup tikam dua pelanggan

Tular rakaman video memaparkan tindakan seorang wanita China sanggup menikam dua pelanggan lain termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di sebuah pasar raya di bandar Wuhan.

Puncanya kerana berebut sebotol antiseptik yang terakhir pasar raya itu, lapor Astro Awani.

Lantaran wabak koronavirus (COVID-19), antiseptik tersebut mendapat permintaan ramai sejak China diserang virus bahaya itu.

Klip video kejadian yang dikongsi Wu Lebao di akaun Twitternya turut menyaksikan jeritan keluarga mangsa serta pada masa sama lantai premis pasar raya yang berlumuran tompokan darah.

Wu kemudiannya dalam ciapan terbaharunya memberitahu kedua-dua mangsa yang cedera berjaya diselamatkan dan suspek terbabit telah ditahan.

Sementara itu, angka korban akibat wabak Covid-19 meningkat kepada 1,370 orang dengan jumlah kes disahkan positif virus tersebut sebanyak 60,384 kes setakat pukul 9 malam tadi.