Malaysia Dateline

COVID-19: Bilangan discaj hari ini melebihi kes baharu

Terdapat 168 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 2,276 kes (47.23 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sekali lagi, bilangan kes yang didiscaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

Sehingga 13 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 134 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,817 kes.

Oleh itu, setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,464 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 66 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 36 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 77 kes (1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

Kes kematian ke-77 (kes ke-2797) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar
belakang penyakit jantung, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau merupakan peserta perhimpunan di Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 31 Mac.