Malaysia Dateline

Covid-19: Bilangan pesakit di ICU pecah rekod, kes aktif kembali lebih 30,000

Bilangan pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) terus melonjak dan tertinggi setakat ini iaitu 345 orang termasuk 175 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam masa sama, kes aktif dengan kebolehjangkitan kembali melebihi 30,000 selepas kali terakhir direkod pada 24 Februari lalu, dipetik dari Twitter rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Kes jangkitan harian turut kembali meningkat kepada 3,418 kes berbanding 2,881 kes semalam.

Pertambahan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 meningkat kepada 415,012 kes.

Selangor kekal dengan rekod kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,200 kes, diikuti Sarawak 587 kes, Kelantan (400), Johor (213) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (198).

Ini diikuti Terengganu 184 kes, Pulau Pinang (145), Sabah (115), Kedah (101), Perak (77), Melaka (61), Pahang (45), Putrajaya (8), Labuan (7) dan Perlis 4 kes.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, terdapat 2,698 kes sembuh dilaporkan. Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes sudah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 383,140 kes iaitu 92.32 peratus.

Dalam masa sama, terdapat 12 kes kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini mencecah 1,533 kes.