Covid-19 di Labuan menggusarkan CEOnya, tubuh Bilik Operasi
"Saya merayu kepada warga Labuan, tolonglah duduk di rumah dan had kan pergerakan dan jangan berjumpa kawan-kawan!" pesan Dr Fary kepada penduduk Labuan.

Covid-19 di Labuan menggusarkan CEOnya, tubuh Bilik Operasi

Labuan dengan keluasannya yang kecil sahaja namun sudah lima penduduknya disahkan mengidap Covid-19 menggusarkan pentadbiran pulau itu khasnya Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Fary Akmal Osman.

Nombor-nombor penting di Labuan dalam menguruskan Covid-19 di Labuan.

Inilah yang dibayangkan oleh Dr Fary dalam posting-posting beliau melalui facebook yang ditujukan khas kepada penduduk Labuan.

“Saya merayu kepada warga Labuan, tolonglah duduk di rumah dan had kan pergerakan dan jangan berjumpa kawan-kawan!” pesan Dr Fary kepada penduduk Labuan.

Menurut Dr Fary, pesakit yang positif Covid19 telah naik kepada lima pesakit di pulau itu sedangkan Labuan ini hanya 92 kilometer persegi sahaja.

“Ramai yang keluar, tidak ikut Arahan dan marah kepada anggota Polis,” katanya melalui facebook beliau.

Dr Fary menaikkan gambar-gambar yang menunjukkan polis membuat sekatan jalan raya di pulau itu bagi meminta orang ramai agar kekal di rumah mereka bagi mematuhi larangan pergerakan itu.

Bagi membantu kesejahteraan warga Labuan, Perbadanan Labuan di bawah pimpinan Dr Fary telah menubuhkan satu Bilik Operasi Bencana Covid 19 @ Perbadanan Labuan.

“Sekiranya ada yang memerlukan bantuan sila hubungi Bilik Operasi J/Kuasa Bencana [email protected] Labuan,” kata Dr Fary sambil meletakkan poster khas mengenainya.