Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
COVID-19: Dua rakyat Malaysia positif dan sedang dirawat di Jepun
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

COVID-19: Dua rakyat Malaysia positif dan sedang dirawat di Jepun

BernamaFebruary 18, 2020 10:49 am




Dua rakyat Malaysia di atas kapal Diamond Princess, yang berlabuh dan sedang dikuarantin di Pelabuhan Yokohama, Jepun, disahkan positif COVID-19 dan sedang dirawat di negara tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di Facebook rasmi miliknya  hari ini berkata, selain itu terdapat dua lagi rakyat Malaysia yang masih menunggu keputusan ujian COVID-19.

“Kapal persiaran Diamond Princess yang sedang dikuarantin, mencatatkan kes kluster terbesar di luar China dengan lebih 400 orang yang diuji disahkan positif.

“Terdapat dua rakyat Malaysia yang disahkan positif COVID-19 dan dua lagi masih menunggu keputusan ujian COVID-19 di atas kapal tersebut. Kedua-dua mereka yang positif sedang dirawat di Jepun,” menurut catatan itu.

Semalam, media melaporkan sebanyak 455 penumpang kapal itu disahkan positif COVID-19 sehingga kini.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production