Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
COVID-19: Elaun khas meringankan beban petugas perubatan

COVID-19: Elaun khas meringankan beban petugas perubatan

AKMAL MANAFFebruary 28, 2020 8:18 pm




Pemberian elaun khas kepada doktor, petugas perubatan dan kakitangan yang terlibat dalam usaha menangani penularan wabak COVID-19, dilihat menggembirakan mereka.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, pemberian elaun itu juga mendorong mereka memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada rakyat dan negara dalam melindungi Malaysia daripada wabak COVID-19.

Secara tidak langsung, beliau berkata, elaun tersebut juga dapat meringankan beban perbelanjaan penjawat awam dari semasa ke semasa.

“Dengan pemberian elaun ini juga, para petugas dapat merasakan tugas-tugas yang telah dilakukan oleh mereka tanpa mengenal erti penat dan lelah serta tidak kira siang atau malam, dihargai oleh kerajaan.

“Sekali lagi Cuepacs ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang begitu prihatin terhadap penjawat awam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Justeru itu, Adnan berkata pihaknya berharap agar perlaksanaannya dapat diperluaskan lagi kepada petugas-petugas yang terlibat bukan sahaja tertumpu di pintu masuk, malahan di seluruh kawasan yang terlibat termasuklah di pusat-pusat di mana pesakit wabak COVID-19 ini dirawat.

“Kerajaan dilihat begitu prihatin dengan beban ditanggung oleh penjawat awam ketika wabak COVID-19 ini berlaku.

“Kami menyokong penuh dan mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Interim di atas pengumuman pemberian elaun khas berkenaan,” katanya.

Semalam, Bernama melaporkan, Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya berkata, elaun khas RM400 sebulan akan diberikan kepada doktor dan petugas perubatan serta RM200 kepada imigresen dan petugas lain yang terbabit, berkuat kuasa Februari 2020 hingga wabak COVID-19 berakhir.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production