Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
COVID-19: Empat kes baharu di Singapura, jumlah keseluruhan 106

COVID-19: Empat kes baharu di Singapura, jumlah keseluruhan 106

BernamaMarch 2, 2020 7:19 am




Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan empat lagi kes jangkitan COVID-19 dengan dua daripadanya membabitkan warga Myanmar dan Jepun, sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan 106 kes di republik itu.

Tiga daripada empat kes itu mempunyai pertalian dengan kluster baharu di Wizlearn Technologies Pte Ltd yang jumlahnya kini meningkat kepada 11 kes, kata MOH, dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kluster lain menunjukkan lapan kes mempunyai pertalian dengan The Life Church and Missions Singapore; Grace Assembly of God (23); kedai ubat Yong Thai Hang (9); mesyuarat perniagaan yang diadakan di Grand Hyatt Singapore (3) dan lima kepada tapak pembinaan  Seletar Aerospace Heights.

MOH  berkata semua empat kes baharu itu tiada sejarah perjalanan ke China, mahupun ke daerah Cheongdo dan bandar Daegu di Korea Selatan baru-baru ini, namun dua daripadanya pernah ke Batam, Indonesia, selama tiga hari mulai 21 Feb lalu.

Keempat-empat kes itu kini dirawat di bilik isolasi Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID).

Mengenai situasi kes yang disahkan, MOH berkata dua pesakit dibenarkan keluar daripada hospital hari ini menjadikan jumlah yang pulih sepenuhnya 74 orang, dua daripadanya mempunyai pertalian dengan kluster di Grace Assembly of God.

Daripada 32 kes disahkan yang masih berada di hospital, kebanyakannya stabil atau semakin pulih manakala tujuh dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi, kata MOH.

Sehingga tengah hari ini, MOH telah mengenal pasti 3,133 kontak rapat yang dikuarantin, 2,766 daripadanya telah melengkapkan kuarantin mereka.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production