Malaysia Dateline

Covid-19 gagal dikawal sejak PRN Sabah, kata Exco Kesihatan kepada DN Selangor

Wabak Covid-19 gagal dikawal sepenuhnya di Selangor bermula dari selepas pilihan raya negeri Sabah, kata Exco Kesihatan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.

Ketika menjawab soalan dari Adun Sijangkang, Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Dr Mariah berkata, sejak PRN Sabahlah Selangor gagal mengawal ‘contantact trasing’ di negeri itu.

“Saya bersetuju dengan YB Sijangkang apabila kita gagal mengawal ‘contact tracing’ inilah permulaan kepada menularnya satu kluster ke satu kluster selepas daripada Pilihanraya Negeri Sabah

“Sebelum PRN Sabah, kita dapat mengawal jangkitan di Negeri Selangor. Tetapi apabila selepas PRN Sabah, dia bukan lagi jangkitan daripada pendatang luar, tetapi ia adalah jangkitan ‘within the country’. Kita ada banyak kluster,” kata beliau dalam sidang DUN Selangor hari ini.

Menurutnya, apabila kluster-kluster ini kita tidak dapat buat ‘contact tracing’ dengan cepat kerana ada lubang, ada ‘loop holes’.

Mereka ini, katanya, bebas di dalam masyarakat dan berkembang dari kluster kilang ke komuniti.

“Inilah di antara sebab kegagalan; kita gagal melakukan contact tracing dan gagal melakukan FTTIS,” katanya.

Dr Yunus yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor itu bertanya, bila SELangkah gagal buat contact tracing disebabkan tidak adanya data, apakah usaha selepas itu? Adakah ada kerjasama dengan kerajaan pusat?”

Menurut Dr Siti Mariah, usaha Kerajaan Negeri daripada awal ialah cuba untuk mengintegrasikan kemampuan SELangkah dengan kemampuan MySejahtera.

“Dato Seri Menteri Besar, saya dan beberapa ahli STFC telah membuat perjumpaan dengan Menteri Kesihatan pada bulan Mac 2021.

“Kita membawa cadangan-cadangan, perkara yang boleh kita kerjasama untuk bersama-sama melawan Covid-19 ini.

“Banyak perkara yang dipersetujui. Namun ada satu perkara yang pada dasarnta penting tapi tidak dipersetujui iaitu untuk kita menghubungkan SELangkah dengan MySejahtera,” katanya.

KKM pada ketika itu, katanya, tidak bersetujui untuk beri data kepada STFC atas alasan PDPA.

“Tapi sampai sudah (sekarang) perkara itu tidak diizinkan kepada kita. Kita sudah melakukan yang sebaiknya untuk mendapat hak kita. Namun perkara ini tidak disambut oleh Kerajaan Pusat,” katanya.