Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
COVID-19: Hospital Umum Sarawak rekodkan lima kes baharu disyaki

COVID-19: Hospital Umum Sarawak rekodkan lima kes baharu disyaki

Oleh MAHDAR BUJANGFebruary 15, 2020 3:50 pm




Hospital Umum Sarawak (HUS) telah merekodkan lima kes baharu pesakit disyaki (PUI) COVID-19 setakat semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, semua kes baharu disyaki itu telah melibatkan warganegara Malaysia.

“Ini menjadikan kes PUI terkumpul di Sarawak dari 10 Januari hingga semalam kepada 85 kes.

“Daripada jumlah tersebut, 75 kes dibuktikan negatif selepas ujian makmal manakala 10 lagi kes masih menunggu keputusan,” katanya menerusi kenyataan di Kuching hari ini.

Jelas kenyataan itu, kesemua 85 kes terbabit melibatkan 64 warganegara Malaysia, 18 warganegara China dan masing-masing seorang warganegara Thailand, Indonesia dan Kanada.

Jabatan Kesihatan, tambahnya telah mengimbas seramai 5,176 orang dari kedatangan di pelbagai lapangan terbang, pintu masuk darat dan laut di seluruh negeri semalam.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) menafikan mesej tular di media sosial mengenai kewujudan kes COVID-19 di negeri ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing menerusi kenyataan berkata, mesej tersebut adalah tidak benar sekali gus menafikan tiada terdapat kes disahkan COVID-19 dilaporkan di Sarawak setakat ini.

“Sehingga jam 12 tengah hari, 12 Februari 2020, jabatan telah menerima pelaporan sebanyak 76 kes yang disyaki (PUI) untuk COVID-19.

“Daripada jumlah tersebut, tiada kes positif dilaporkan. Sebanyak 59 kes disahkan negatif melalui ujian makmal, manakala 17 kes lagi masih menunggu keputusan,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap supaya orang ramai sentiasa merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan sama ada oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kesihatan atau Ketua Pengarah Kesihatan bagi mengetahui situasi semasa kejadian wabak COVID-19 di Malaysia dan khususnya di Sarawak.

“Justeru orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebarkan berita yang tidak benar.

“Semua pihak adalah diingatkan bahawa penyebaran berita palsu sedemikian boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Jika disabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan,” tambah Dr Chin.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production