Malaysia Dateline

Covid-19: Itali catatkan 919 kematian dalam satu hari, jumlah tertinggi setakat ini

Itali kini mempunyai angka kematian tertinggi berbanding dengan negara lain, sebuah agensi melaporkan bahawa 9,134 orang yang didiagnosis dengan Covid-19 telah meninggal dunia.

Ia juga mengatasi China dalam bilangan kes yang telah disahkan, dengan 86,498 kes berbanding dengan 81,897 di China, menurut Agensi Perlindungan Awam Itali – Italy’s Civil Protection Agency.

Wilayah Lombardy antara kawasan yang paling teruk terjejas akibat kenaikan mendadak dalam angka kematian berbanding hari sebelumnya, dengan 541 kematian.

Itali mempunyai angka kematian paling tinggi didunia setakat ini dengan angka 9,134 kematian.

Sebelum pada hari Jumaat , angka kematian tertinggi dilaporkan pada 21 Mac, ketika 793 orang dikatakan telah meninggal dunia.

Sebanyak 10,950 kes daripada mereka yang dijangkiti di Itali telah pulih sepenuhnya pada hari Jumaat, berbanding 10,361 pada hari sebelumnya.