Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
COVID-19: JKNJ nafi arah tutup sebuah sekolah di Johor Bahru

COVID-19: JKNJ nafi arah tutup sebuah sekolah di Johor Bahru

BernamaFebruary 13, 2020 7:16 am




Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) tidak pernah mengarah penutupan sebuah sekolah jenis kebangsaan (Cina) di Johor Bahru mahupun menghalang murid sekolah itu daripada menghadiri kelas berikutan ancaman jangkitan COVID-19, kata Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Aman Rabu.

“Pihak jabatan menafikan tindakan yang diambil adalah atas arahan jabatan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi dalam akaun rasmi Facebook JKNJ, malam ini.

Beliau mengulas berita yang tular di media sosial mengenai seorang murid di sekolah berkenaan yang ibu bapanya telah disahkan positif COVID-19. Berita itu menyatakan pihak sekolah telah mengambil tindakan tutup kelas dan melarang murid mendekati kelas.

“Pihak sekolah telah mendapat maklumat daripada sumber lain yang belum disahkan dan mengambil tindakan pencegahan jangkitan sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Aman berkata sekolah terbabit adalah sekolah seorang kanak-kanak yang merupakan kontak kepada kes virus itu yang dirawat di Singapura sejak 10 Feb lepas.

“JKNJ menjalankan pengesanan kontak kes COVID-19, termasuk langkah-langkah pencegahan dan kawalan di kediaman kes. Terdapat tiga kontak rapat yang dikenal pasti iaitu isteri dan dua orang anak, berumur enam dan lapan tahun,” katanya.

Katanya, hasil siasatan ke atas kedua-dua kanak-kanak itu mendapati mereka negatif jangkitan COVID-19 dan masih diisolasi di hospital sebagai kontak kes positif manakala status isteri pesakit masih dalam siasatan hospital.    — BERNAMA

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

Ahli politik sebenarnya tidak peduli apa pengundi mahu?

MP gesa MKN kaji semula SOP benarkan berniaga selepas 8 malam

‘Serang’ pimpinan kerajaan pintu belakang bukan pegawai kerajaan

“Exco Perlis tolong tengok jalan dah setahun rosak”

Seluruh Sarawak PKPB kecuali Sibu PKP bermula hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production