Malaysia Dateline

Covid-19: Jumlah kes di Lembah Klang terus atasi Sabah

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Lembah Klang mencatatkan sebanyak 544 kes positif baharu jangkitan Covid-19.

Daripada jumlah itu, Kuala Lumpur merekodkan 392 kes dengan 345 kes dikesan dalam kluster Tapak Bina Damanlela manakala terdapat 151 kes baharu dikesan di Selangor.

Beliau berkata, pihaknya telah menjangkakan peningkatan kes positif Covid-19 di Lembah Klang sejak dua bulan lalu.

Sehubungan itu, Dr Hisham sekali lagi mengulangi seruan agar semua pihak memberi kerjasama dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kalau kita patuh pada SOP, kita tidak perlu PKPB. Kita kena bataskan orang melintas daerah dan negeri bagi mengelak jangkitan di zon hijau.

“Memang jangkaan kita kes-kes semakin bertambah. Kita telah mengenal pasti beberapa hospital untuk menampung pertambahan kes,” jelasnya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.