Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Covid-19: Jumlah kes positif kini 50

Covid-19: Jumlah kes positif kini 50

MALAYSIADATELINEMarch 4, 2020 6:16 pm




Sebanyak 14 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan berlaku sehingga tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 50 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu dipercayai mempunyai kaitan dengan jangkitan kes ke-26 iaitu salah seorang Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings Berhad (UDA).

“Setelah 11 hari tiada kes baharu dilaporkan, gelombang kedua bermula pada 27 Februari 2020.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

“Bagi gelombang kedua sehingga 4 Mac 2020, terdapat sebanyak 28 kes positif COVID-19 (iaitu kes ke-23 sehingga kes ke-50) yang telah dilaporkan,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan, seperti dipetik laporan Malaysiagazette hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, disebabkan kes 26, seramai 16 individu dikesan positif Covid-19 daripada 215 kontak rapat yang dikesan Kementerian Kesihatan.

 Daripada jumlah kontak itu, 19 individu adalah negatif dan 180 lagi menunggu keputusan saringan.

Dr Noor Hisham turut menolak dakwaan bahawa kes 26 adalah penyebar utama kepada penyebaran Covid-19.

Malah katanya, kes 26 tidak boleh diklasifikasikan sebagai penyebar utama namun ia adalah kes yang luar biasa.

“Tidak boleh panggil ia sebagai penyebar utama lagi sebab jika di Korea Selatan kes 31 telah menjangkiti lebih daripada seribu pesakit.

 “Di negara ini, cuma 16 kes positif dilaporkan dan disahkan oleh kes 26. Saya boleh katakan ini agak luar biasa berbanding kes lain. Tapi kita sedang jejaki kontak lain dan asingkan kes 26,” katanya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production