Malaysia Dateline

Covid-19 kekal lepasi 6,000 kes enam hari berturut-turut

Sebanyak 6,045 pesakit baharu Covid-19 dilaporkan hari ini sekali gus melepasi 6,000 kes untuk enam hari berturut-turut.

Pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik tersebut di negara ini sebanyak 778,652 kes.

Selangor kekal satu-satunya negeri merekodkan empat angka kes harian Covid-19 dengan
2,262 kes hari ini.

Tujuh negeri mencatatkan peningkatan berbanding semalam dengan Perak mengalami lonjakan ketara daripada 101 kes kepada 384 kes hari ini.

Selain itu, Johor (500 kes), Sarawak (365), Kedah (332), Pulau Pinang (173), Kelantan (124) dan Terengganu 54 kes.

Hanya Perlis tidak melaporkan pertambahan kes baharu hari ini.