Malaysia Dateline

Covid-19 kembali melepasi 12,000 kes baharu, 58 peratus di Lembah Klang

Selepas dua hari berturut-turut jangkitan harian sekitar 10,000 kes, hari ini pandemik itu mencatatkan 12,366 kes baharu.

Sebanyak 58 peratus iaitu 7,154 kes direkodkan di Lembah Klang dengan Selangor merekodkan 5,524 kes diikuti Kuala Lumpur (91,580 kes) dan Putrajaya 50 kes.

Pertambahan kes Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu mencecah 939,899 kes.

Sementara itu, 63,339 kes terkumpul direkodkan di Negeri Sembilan apabila 970 kes baharu dikesan hari ini.

Kedah pula mencatatkan 701 kes baharu setakat jam 12 tengah hari tadi manakala 657 kes dilaporkan di Sabah.

Kedua-dua negeri tersebut masing-masing merekodkan kumulatif 33,956 kes dan 76,453.

Tiga negeri dikenalpasti berlaku pertambahan jangkitan baharu Covid-19 melebihi antara 300 kes hingga kurang 500 kes iaitu Pulau Pinang (460 kes), Sarawak (351 kes) dan Melaka dengan 309 kes.

Pola penurunan kes baharu Covid-19 untuk tiga hari berturut-turut dikesan di Perak dengan 295 kes dilaporkan hari ini.

Negeri yang berada dalam kategori Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) itu kini mencatatkan sejumlah 31,868 kes Covid-19.

Rekod melebihi 100 kes hingga kurang 300 kes baharu dilaporkan di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung iaitu Pahang (288 kes), Terengganu (190 kes) manakala Kelantan (179 kes).

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 diketiga-tiga negeri itu sebanyak 70,130 kes iaitu lebih rendah daripada kumulatif kes di Johor dengan 80,347 kes.

Selain Putrajaya, dua lagi wilayah dan negeri mencatatkan jangkitan harian kurang 100 kes ialah Labuan (17 kes) dan hanya dua kes di Perlis.

Kedua-dua wilayah dan negeri itu masing-masing dikesan mempunyai sejumlah 9,468 kes dan 630 kes.