Malaysia Dateline

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Sebanyak 4,008 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif positif di Malaysia sebanyak 169,379 kes.

Daripada jumlah itu sebanyak 2,802 kes dari warganegara manakala 1,201 bukan dari warganegara

Kementerian Kesihatan Malaysia juga memaklumkan sebanyak 41,087 kes adalah kes aktif.

Kes yang memerlukan rawatan rapi di ICU sebanyak 246 kes manakala pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 96 kes.

Jumlah kematian akibat Covid-19 yang dicatatkan hari ini seramai 11 orang.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes dari Selangor, masing-masing tiga kes dari Sabah dan Johor, serta satu kes dari Sarawak dengan sembilan warganegara dan dua bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,391 kes (34.7 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 1,061 kes (76.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 513 kes (12.8 peratus), dan Johor sebanyak 470 kes (11.7 peratus)