Malaysia Dateline

Covid-19: Kes baharu turun, 5,293 hari ini

Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan kes positif baharu Covid-19 setakat tengah hari ini menunjukkan sedikit penurunan apabila sebanyak 5,293 dilaporkan berbanding 5,911 kes semalam.

Selangor kekal mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,680 kes walaupun berkurang berbanding 2,111 kes semalam.

Kes positif baharu di seluruh negara hari ini menjadikan jumlah kes keseluruhan mencecah 696,408 kes.

Di Pantai Timur Semenanjung, hanya Kelantan mencatatkan jangkitan baharu tiga angka iaitu 167 kes baharu manakala Pahang (77 kes) dan Terengganu 12 kes.

Sementara itu, Sarawak merekodkan jumlah harian tertinggi hari ini dengan 661 kes berbanding Sabah dan Labuan masing-masing 163 kes dan 156 kes masing-masing.