Malaysia Dateline

COVID-19: Kes baru 1,576, 2 meninggal dunia

Kes baharu hari ini sebanyak 1,576 kes telah dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadikan jumlah kumulatif kes baharu positif COVID-19 sebanyak 330,042 kes.

Sebanyak 1,565 kes baharu membabitkan penularan daripada kes tempatan manakala kes import sebanyak 11 kes.

Seramai dua orang telah disahkan meninggal dunia akibat COVID-19 menjadikan kumulatif kes kematian setakat ini sebanyak 1,225 kes.

Manakala seramai 151 pesakit masih berada di dalam ICU di mana 57 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Pada hari ini jumlah kes sembuh agak tinggi berbanding kes baharu iaitu 1,996 orang menjadikan jumlah kes sembuh seramai 314,457 orang.