Malaysia Dateline

Covid-19: Kes ICU dan kematian terus meningkat

Kes aktif Covid-19 dengan kebolehjangkitan terus meningkat enam hari berturut-turut apabila mencecah 65,453 kes hari ini susulan pertambahan lagi 6,988 kes baharu.

Permulaan bulan ini juga menyaksikan data bilangan pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kematian seperti ‘berlumba’ dengan kes sembuh.

Sebanyak 917 pesakit berada di ICU dengan 445 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam tempoh 24 jam juga, pandemik terus menelan nyawa dengan 84 kes baharu menjadikan senarai kematian akibat Covid-19 bertambah menjadi 5,254 kes iaitu 0.69 peratus.

Dalam masa sama, terdapat 5,540 kes sembuh dilaporkan hingga jam 12 tengah hari tadi sekali gus menyaksikan peningkatan berbanding 4,929 kes semalam.