Malaysia Dateline

COVID-19: Kes kembali meningkat kepada 95, satu kematian

Kes COVID-19 dalam negara hari ini kembali meningkat kepada 95 kes menjadikan jumlah kes positif adalah sebanyak 10,147 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 754 kes dan mereka telah diasingkan dan
diberi rawatan.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 14 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,264 kes.

Menurut Ketua Pengarah KKM Tan Sri Noor Hisham Abdullah, daripada 95 kes baharu yang dilaporkan, empat kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara membabitkan, negara Indonesia dan China.

Katanya, daripada 91 kes penularan di dalam negara, 68 kes adalah warganegara Malaysia dan 23 kes adalah bukan warganegara.

Di Sabah sahaja mencatat 90 kes dan selebihnya di Negeri Sembilan.

Sehingga kini, terdapat 11 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tambahnya, hari ini terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 129 kes.

“Kes kematian ke-129 (kes ke-10,145) merupakan perempuan warganegara Filipina berumur 50 tahun. Beliau mengalami gejala batuk dan sesak nafas pada 14 September 2020 dan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan.

“Beliau kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Semporna bagi rawatan lanjut, namun tidak pergi berikutan
kekangan yang beliau hadapi.

“Beliau ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kemudiannya dibawa ke Hospital Semporna, Sabah di mana beliau telah disahkan meninggal dunia pada 14 September 2020,” kata beliau.