Malaysia Dateline

Covid-19: Kes naik lagi sebanyak 2,733 dan 13 kematian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 2,733 kes baharu menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 dalam negara sebanyak 398,451 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan kes positif yang direkodkan, 2,728 merupakan kes tempatan, manakala lima lagi adalah kes import.

Sementara itu, kementerian juga mencatatkan 2,019 kes sembuh dengan kumulatif kes dibenarkan discaj sebanyak 371,575.

13 kematian turut direkodkan dengan jumlah kes sebanyak 1,462 kematian.

Selain itu, kes dirawat di Pusat Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 294 dengan 138 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.