Malaysia Dateline

COVID-19: Kes sembuh 1,148, melebihi kes baharu 1,109

Sebanyak 1,109 kes baharu telah direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 61,861 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,307 kes, demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham.

Katanya, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 10 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,099 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Namun katanya, Negeri Sabah pada hari ini masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 441 kes (39.8 peratus), di mana 346 kes (78.5 peratus) daripada kes-kes dikesan di negeri Sabah adalah hasil saringan kluster-kluster dan kontak rapat

“Kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh negeri Selangor sebanyak 175 kes (15.8 peratus) dan Negeri Sembilan sebanyak 167 kes (15.1 peratus),” katanya.

Terkini katanya, terdapat 113 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 41 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat pertambahan dua kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 350 kes (0.57 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.

Bilangan kes sembuh COVID-19 adalah melebihi jumlah kes baharu harian iaitu sebanyak 1,148 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 50,204 kes.