Malaysia Dateline

Covid-19: Kluster tempat kerja terus bertambah hari ini

Kluster di tempat kerja terus mencatatkan peningkatan dengan 13 daripada 19 kluster yang diumum Kementerian Kesihatan (KKM) membabitkan kluster tersebut.

Kesemua kluster tempat kerja hari ini berkaitan pekerja kilang, tapak binaan, ladang, pasar raya, syarikat perkhidmatan dan pusat penginapan.

Kluster Industri Jalan Rukun di Kuala Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 75 kes positif daripada 105 pekerja kilang di Jalan Rukun, Ijok yang disaring.

Satu lagi kluster berkaitan pekerja kilang di Selangor ialah Kluster Jalan Industri Dua Rawang di Jalan Industri 2/2 di Gombak.

Sebanyak 27 kes positif Covid-19 dikesan daripada 77 individu yang disaring dalam kluster yang terletak di Taman Industri Integrasi Rawang itu.

Sementara itu, Kluster Industri Jalan Subang 13 di Jalan Subang 13, Kampung Kenangan, Subang, Petaling pula melibatkan pekerja sebuah syarikat pembinaan. Seramai 29 daripada 120 individu disaring disahkan dijangkiti Covid-19.

Berikut perincian baki 10 lagi kluster tempat kerja berserta jumlah kes seperti diumum KKM hari ini:

1. Jalan Pantai Baharu (17 kes positif daripada 22 individu disaring)
– pekerja sebuah pusat penginapan di Jalan Pantai Baharu, Lembah Pantai.

2. Jalan Sri Hartamas Satu (kesemua 17 individu disaring positif Covid-19)
– pekerja syarikat perkhidmatan yang bertugas di Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas di Kepong.

3. Jalan Cengal di Muar (45 daripada 135 individu disaring positif Covid-19)
– pekerja-pekerja di sebuah ladang di Jalan Cengal Felda Maokil 2, Muar
– Kes indeks lelaki warganegara India berumur 36 tahun

4. Jalan Dedap 13 (12 daripada 54 individu disaring positif Covid-19)
– kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan di Jalan Dedap 13, Taman Johor Jaya di Johor Bahru
– kes indeks lelaki 34 tahun

5. Cahaya Yong Peng (19 daripada 48 individu disaring positif Covid-19)
– kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan di Taman Bandar Cahaya Baru di Yong Peng, Batu Pahat
– kes indeks lelaki 52 tahun

6. Tapak Bina Jalan Thean Teik (47 daripada 208 individu disaring positif Covid-19)
– pekerja-pekerja di tapak binaan di Jalan Thean Teik, Timur Laut di Pulau Pinang
– kes indeks lelaki Bangladesh berumur 42 tahun

7. Tapak Bina Solar Beriah (16 daripada 179 individu disaring positif Covid-19)
– pekerja di tapak binaan di Mukim Beriah, Kerian

8. Kampung Perangkap (24 daripada 68 individu disaring positif Covid-19)
– pekerja sebuah pasar raya di Kampung Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Tumpat
– kes indeks perempuan 25 tahun

9. Bandar Baru Tunjong (6 daripada 12 individu disaring positif Covid-19)
– pekerja pusat penginapan di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu
– kes indeks lelaki berumur 27 tahun

10. Kayu Patikang di Keningau (19 daripada 88 individu disaring positif Covid-19)
– pekerja kilang di Kampung Patikang Ulu di Keningau
– kes indeks kanak-kanak perempuan warganegara Indonesia berusia 4 tahun yang merupakan kontak rapat pekerja kilang itu.