Setakat jam 12 tengah hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 3,245 kes baharu Covid-19.
Angka tersebut menyaksikan pertambahan berbanding 2,362 kes jangkitan virus itu yang dicatatkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah jangkitan Covid-19 di negara ini mencecah 2,813,934 kes.