Malaysia Dateline

Covid-19: Lagi 3,306 kes baharu, 38,791 kes aktif

Malaysia terus menyaksikan angka harian tinggi bagi jangkitan baharu Covid-19 apabila 3,306 kes dilaporkan, hari ini.

Pertambahan tersebut menjadikan jumlah kumulatif mencecah 161,740 jangkitan, dengan 38,791 kes aktif.

Jangkitan baharu hari ini membabitkan 3,299 penularan tempatan dan tujuh kes import.

Kes tertinggi di Selangor sebanyak 1,213 kes diikuti Sabah (432), Johor (329), Kuala Lumpur (250) dan Melaka 156 kes.

Setakat ini, 226 pesakit Covid-19 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 94 memerlukan bantuan pernafasan.

Pada masa sama, katanya, 2,293 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah kumulatifnya mencecah 122,344 kes (75.7 peratus).

Dalam masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) juga merekodkan empat kematian baharu menjadikan jumlah maut akibat Covid-19 sebanyak 605 kes.