Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
COVID-19: Lebih 25,000 doktor dikerah ke Hubei

COVID-19: Lebih 25,000 doktor dikerah ke Hubei

Oleh BERNAMAFebruary 15, 2020 12:48 pm




Lebih 25,000 doktor dari seluruh negeri di China tiba di wilayah Hubei untuk memberi bantuan dalam perjuangan negara itu memerangi wabak COVID-19, kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Negara Wang Hesheng.

“Pada masa ini, 217 pasukan perubatan dengan seramai 25,633 doktor telah dihantar ke wilayah Hubei untuk memberikan bantuan perubatan. Jumlah itu tidak termasuk doktor dari angkatan tentera,” kata Wang.

Bilangan pasukan perubatan terbesar – 181 pasukan membabitkan 20,374 doktor – dihantar ke bandar Wuhan, yang menjadi pusat epidemik.

COVID-19 – pertama kali dikesan di bandar Wuhan, China, yang terletak di wilayah Hubei, pada Disember, sejak itu virus telah merebak ke lebih 25 buah negara.

Di tanah besar China, virus itu telah mengakibatkan 1,523 kematian, dengan 66,492 orang dijangkiti. Lebih 1,700 doktor juga dijangkiti, enam daripadanya meninggal dunia.

Pada akhir Januari, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak itu sebagai darurat kesihatan global.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production