Malaysia Dateline

Covid-19: Malaysia catat 122 kes baharu dengan 2 kematian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan bahawa terdapat 122 kes baharu positif Covid-19 menjadikan kes keseluruhan positif Covid-19 di negara ini sebanyak 6,298 kes.

Jelas KKM, daripada keseluruhan 122 kes berkenaan, 52 adalah kes import.

Sementara itu jumlah kematian yang direkodkan adalah sebanyak 2 kes, menjadikan kes kematian keseluruhan sehingga kini adalah sebanyak 105 kes, sehari sebelum Malaysia membuat kelonggaran kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memulihkan ekonomi yang bermula esok.

KKM turut memaklumkan bahawa kes yang telah pulih dan telah dibenarkan pulang adalah sebanyak 87 kes, iaitu 70 peratus daripada keseluruhan kes yang telah sembuh iaitu sebanyak 4,413 kes.

Manakala jumlah pesakit yang masih dirawat (Kes Aktif) adalah seramai 1,789 orang, 27 masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 13 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.