Malaysia Dateline

Covid-19: Malaysia catat dua kematian

Terdapat dua lagi kes kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan kumulatif kes kematian akibat wabak itu adalah sebanyak 88 kes atau 1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-87 (kes ke-2657) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun.

“Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis dan telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 30 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 12 April 2020 jam 3.20 petang.

“Untuk kes kematian ke-88 (kes ke-5252) merupakan lelaki warganegara Myanmar berumur 36 tahun.

“Beliau telah dirawat di Hospital Selayang pada 17 April 2020 dan datang pada peringkat yang lewat dengan jangkitan paru-paru Severe Acute Respiratory Infection (SARI).

“Warganegara Myanmar itu disahkan meninggal dunia pada hari yang sama pada jam 10.00 pagi. Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” katanya menerusi kenyataan hari ini.