Malaysia Dateline

Covid-19: Malaysia catat dua lagi kematian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan, terdapat dua lagi kes kematian berkaitan wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-101 (kes ke-4657) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 64 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah darah.

“Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 daripada kluster PUI (Pengesanan Kes Yang Disyaki) Bali (iaitu kes ke-4476).

“Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang pada 12 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 29 April 2020 jam 4.14 petang.

“Kes kematian ke-102 (kes ke-5282) pula merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.

“Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 16 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 April 2020 jam 12.55 tengah hari,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kumulatif kes kematian wabak ini adalah sebanyak 102 kes atau 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan keseluruhan kes.

“Kami di KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” ujarnya la