Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Covid-19: Malaysia catat kematian pertama?

Covid-19: Malaysia catat kematian pertama?

Oleh MALAYSIA DATELINEMarch 17, 2020 3:04 pm




Seorang Pastor David Cheng dari Gereja Baptist Emanuel, Kuching telah meninggal dunia akibat Covid-19, lapor Sinchew.com.my hari ini.

Kes tersebut merupakan kematian pertama di Malaysia ketika jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sudah mencecah 566 kes.

Walau bagaimanapun, butiran lanjut belum diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kesihatan.

Akhbar atas talian berbahasa Cina itu juga memberitahu Hospital Sands Central Kuching telah diarahkan supaya berjaga-jaga.

Pemerhatian di Facebook pula mendapati pemberitahuan tentang kematian Pastor David Cheng itu juga telah tersebar sejak sejam lalu di media sosial itu.

Untuk rekod, sejak 12 Mac lalu jumlah kes baharu positif Covid-19 melonjak daripada 9 kes kepada 39 kes (13 Mac), 41 kes (14 Mac) dan mendadak sehingga 190 kes pada 15 Mac lalu.

Semalam, 125 kes baharu dicatatkan dengan 95 daripadanya adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Terdapat 12 kes lagi sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat tengah hari semalam.

Pengguna Facebook berkongsikan khabar kematian Pastor David Cheng walaupun masih belum ada kenyataan rasmi daripada kerajaan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production