Malaysia Dateline

COVID-19: Malaysia catat kes harian terendah hanya 1 kes

Buat pertama kalinya, pada hari ini, Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 yang terendah sepanjang gelombang kedua pandemik COVID-19 ini.

Empat bulan sudah berlalu sejak kes pertama gelombang kedua COVID-19 dilaporkan di Malaysia, iaitu pada 27 Februari 2020.

Lebih penting lagi, tiada kes COVID-19 yang dilaporkan mendapat jangkitan dari dalam negara (iaitu penularan tempatan), sama ada dalam kalangan warganegara Malaysia mahupun bukan warganegara.

Demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya hari ini.

Kes baharu yang dilaporkan hari ini pula hanya satu kes iaitu kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,640 kes.

Sebanyak empat kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) daripada jumlah
tersebut, dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Justeru, sehingga kini jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes.