Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
COVID-19: Malaysia sekat sementara kemasukan pelawat dari Korea Selatan

COVID-19: Malaysia sekat sementara kemasukan pelawat dari Korea Selatan

BernamaFebruary 28, 2020 6:10 pm




Malaysia menyekat sementara kemasukan semua pelawat dari Korea Selatan termasuk warganegara asing yang pernah berada di bandar Daegu dan daerah Cheongdo dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan di negara ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam kenyataan hari ini, memaklumkan sekatan itu turut meliputi pelawat yang melakukan transit melalui Malaysia.

Menurut kenyataan itu, warganegara Malaysia, penduduk tetap dan pemegang pas (pas lawatan sosial jangka panjang dan pas pelajar) yang pernah berada di kedua-dua kawasan itu dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan ke Malaysia juga perlu menjalani saringan kesihatan oleh KKM.

“Bagi meningkatkan kawalan di pintu masuk antarabangsa negara, Jabatan Imigresen akan turut menyediakan kaunter khas untuk pelawat dari Korea Selatan, Jepun, Itali dan Iran,” katanya.

Sekatan berkuat kuasa serta merta itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster COVID-19  Bersama Pelbagai Agensi yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Ia turut melibatkan KKM,  Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, Kementerian Luar Negeri dan agensi lain yang berkaitan.

— BERNAMA

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Awas, usaha nak tanam kebencian tu

Kenyataan Hadi sahkan kerajaan hari ini tidak ada majoriti

‘Umno Sdn Bhd’ lawan ‘penjual Umno kepada diktator’

PENDAPAT: Bila Parlimen ditutup, ‘parlimen rakyat’ yang ambil alih

Krisis pendidikan negara semakin memuncak

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production