Malaysia Dateline

Covid-19: Masjid surau tidak ditutup di P Pinang

Ketika masjid dan surau ditutup di Lembah Klang kerana zon merah, setakat ini belum ada keperluan bagi menutup operasi masjid dan surau di zon merah dalam negeri Pulau Pinang.

Menurut Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (gambar atas), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) tatkala ini tumpuan diberikan ialah bagi meningkatkan Prosidur Operasi Standard atau SOP bagi kawasan terlibat.

“Tiada masjid maupun surau yang ditutup setakat ini kerana tiada keperluan untuk betbuat demikian termasuklah sekitar Penjara Reman Pulau Pinang dan Penjara Seberang Perai yang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

“SOP yang ada akan ditingkatkan dan ianya sedang difikirkan termasuklah yang berkaitan dengan kebenaran untuk hadir ke masjid serta mungkin akan pendekkan waktu untuk berjemaah.

“Juga dipinta kepada imam untuk pendekkan waktu operasi di masjid dan surau bagi kawasan yang terlibat serta memperketatkan SOP bagi kedua-dua kawasan berkenaan seandainya ada perintah seumpamanya daripada Majlis Keselamatan Negara, Negeri Pulau Pinang,” ujar beliau yang juga merupakan Yang Dipertua MAINPP.

Katanya lagi, Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri Pulau Pinang akan menurut perintah kawalan yang diperlukan.