Malaysia Dateline

Covid-19 melambung lepasi 7,000 kes, Perak pula turun mendadak

Kes baharu Covid-19 mula melepasi 7,000 kes dengan 7,654 kes hari ini selepas seminggu berturut-turut melepasi 6,000 kes.

Pertambahan kes pandemik itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini sebanyak 792,693 kes.

Kuala Lumpur hari ini mula menyertai Selangor merekodkan kes harian empat angka iaitu 1,550 kes dan 3,260 kes masing-masing.

Walaupun sebahagian besar negeri dan wilayah mencatatkan kenaikan atau penurunan yang tidak jauh berbeza, Perak pula sebaliknya.

Setakat jam 12 tengah hari ini, Perak hanya mengesan 94 kes baharu Covid-19 berbanding 249 kes semalam.

Rekod dua angka kes pandemik tersebut di Perak hari ini sebaris dengan Terengganu yang merekodkan 61 kes baharu sekali gus terendah di Pantai Timur Semenanjung.

Sementara itu, Pulau Pinang yang disenaraikan dalam fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa esok mencatatkan 185 kes berbanding 157 kes semalam.