Malaysia Dateline

Covid-19 melonjak 5,594 kes

Setakat jam 12 tengah hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 5,594 kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah harian itu menjadikan seramai 2,597,080 individu dijangkiti Covid-19 setakat ini.

Semalam, catatan kes harian dikesan di bawah angka 5,000 dengan 4,885 kes direkodkan.

Dalam hal berkaitan, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam menasihati orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Beliau juga mengingatkan individu yang telah mendapat janji temu untuk dos penggalak agar mengambil suntikan itu terutama golongan berusia 40 tahun dan ke atas dengan komorbiditi.