Malaysia Dateline

COVID-19 meningkat lagi hari ini cecah 147 kes

Perkembangan pendamik COVID-19 pada hari ini kembali mencatat tiga angka iaitu sebanyak 147 kes baharu yang telah dilaporkan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan kes positif hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,505 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 770 kes,” katanya dalam kenyataan.

Daripada 147 kes baharu yang dilaporkan, katanya, empat kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga warganegara dan satu bukan warganegara dari India seramai tiga pesakit, dan Indonesia satu pesakit.

Daripada 143 kes penularan di dalam negara, katanya, 115 kes adalah warganegara Malaysia dan 28 kes adalah bukan warganegara.

Sehingga hari ini katanya, terdapat lapan kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan COVID-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 133 kes,” katanya.