Malaysia Dateline

Covid-19 naik semula, 1,054 kes baharu dengan 12 kematian

Sebanyak 1,054 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara sebanyak 34,393 kes dengan jumlah kebolehjangkitan iaitu 10,135 kes.

Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan jumlah positif yang direkodkan, sebanyak 1,040 kes membabitkan penularan tempatan manakala 14 lagi merupakan kes import.

Beliau berkata berkata, Sabah juga menunjukkan semula peningkatan kes positif Covid-19 dengan merekodkan sebanyak 678 kes berbanding semalam dengan jumlah sebanyak 503 kes.

Pada masa sama, Malaysia mencatatkan 875 kes sembuh dengan jumlah kumulatif dibenarkan discaj meningkat sebanyak 23,995 kes atau 69.8 peratus.

Beliau juga memaklumkan terdapat 12 kematian baharu sekali gus menyaksikan sebanyak 263 kes kematian dilaporkan.

Sementara itu, seramai 94 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Perincian Jumlah kes di setiap negeri: Sabah (678), Selangor (124), Wilayah Persekutuan Labuan (81), Negeri Sembilan (71), Pulau Pinang (35).

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (10), Sarawak (21), Kedah (12), Putrajaya (3), Perak (2), Johor (1), Terengganu (1), Melaka (1).