Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
‘COVID-19’ nama rasmi bagi novel coronavirus 2019 , kata WHO

‘COVID-19’ nama rasmi bagi novel coronavirus 2019 , kata WHO

Oleh BERNAMAFebruary 12, 2020 7:09 am




COVID-19, yang bermaksud ‘Penyakit Virus Korona’ adalah nama rasmi bagi novel koronavirus 2019, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, yang menjelaskan bahawa co bermaksud ‘korona’, vi (virus) dan d (penyakit), dalam taklimat media harian mengenai virus itu, di Geneva, Switzerland pada Selasa (waktu tempatan).

“Kami kini mempunyai nama bagi penyakit #2019nCoV : COVID-19,” katanya dalam siaran video di laman Twitter rasmi WHO.

“Di bawah garis panduan yang dipersetujui antara WHO, Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), kami harus mencari nama yang tidak merujuk kepada lokasi geografi tertentu, haiwan, individu atau mana-mana kumpulan manusia dan berkaitan dengan penyakit ini.

“Dengan adanya nama (rasmi) ia dapat mengelakkan penggunaan nama lain yang tidak tepat dan menimbulkan stigma. Ia juga memberikan kami format standard untuk digunakan bagi sebarang wabak koronavirus pada masa depan,” katanya.

Setakat ini, virus baharu itu yang pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember tahun lepas, telah membabitkan 42,708 kes positif COVID-19, dengan kematian mencecah 1,017 mangsa di republik itu.

Terdapat 393 kes dilaporkan di 24 negara termasuk 18 kes di Malaysia manakala satu kematian dilaporkan di Filipina.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Ugut tembak, pecah pasu bunga masjid, bapa Bob Lokman didenda RM4,000

Setpol Menteri Sumber Manusia positif Covid-19

Kabur soal calon PM rencatkan Grand Coalition

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production