Malaysia Dateline

Covid-19: Pecah rekod 20,596 kes hari ini

Jangkitan harian Covid-19 semakin meruncing apabila mula melepasi angka 20,000 orang dengan 20,596 kes hari ini.

Rekod kes baharu tertinggi buat hari kedua berturut-turut ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 mencecah 1,203,706 kes.

Sebanyak 52 peratus iaitu 10,762 daripada 20,596 kes hari ini dilapor di Lembah Klang dengan Selangor (8,549 kes), Kuala Lumpur (2,163 kes) dan Putrajaya (50 kes).

Pulau Pinang mula menyertai kumpulan negeri dan wilayah yang mencatatkan empat angka jangkitan baharu apabila terdapat 1,022 kes hari ini.

Tiga negeri lagi dengan angka melebihi 1,000 kes baharu ialah Kedah (1,446 kes), Johor (1,300 kes) dan Sabah (1,062 kes).

Sementara itu, dua negeri menghampiri 1,000 kes hari ini iaitu Negeri Sembilan (989 kes) dan Perak (916 kes) dengan masing-masing merekodkan sebanyak 75,767 kes dan 41,665 kes.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, dua negeri dilapor mempunyai lebih 700 kes iaitu Kelantan (772 kes) dan Sarawak (759 kes).

Pertambahan jangkitan baharu Covid-19 juga dikesan di Melaka dengan 622 kes diikuti Terengganu (501 kes), Pahang (426 kes) dan Labuan (15 kes).

Perlis yang sejak semalam beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini mencatatkan hanya empat kes baharu sekali gus angka jangkitan harian terendah untuk bulan ini.

 

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 8,549 (442,574)
WPKL – 2,163 (133,588)
Kedah – 1,446 (52,103)
Johor – 1,300 (96,687)
Sabah – 1,062 (89,910)
Pulau Pinang – 1,022 (49,939)
Negeri Sembilan – 989 (75,767)
Perak – 916 (41,665)
Kelantan – 772 (46,695)
Sarawak – 759 (79,522)
Melaka – 622 (34,153)
Terengganu – 501 (19,213)
Pahang – 426 (27,199)
WP Putrajaya – 50 (4,237)
WP Labuan – 15 (9,698)
Perlis – 4 (756)