Malaysia Dateline

Covid-19: Penggunaan ICU di Kedah melebihi kapasiti

Sebanyak 79 peratus katil unit rawatan rapi (ICU) digunakan di hospital Covid-19 di seluruh negara setakat semalam dengan kadar penggunaan tertinggi adalah di Kedah sehingga melebihi kapasiti, iaitu sebanyak 125.9 peratus.

Menurut data yang dikongsikan Kementerian Kesihatan (KKM), penggunaan katil ICU di Pulau Pinang dan Johor juga tinggi iaitu masing-masing sebanyak 98.2 dan 89.2 peratus.

Enam lagi negeri mencatatkan antara 70 dan 80 peratus penggunaan katil ICU iaitu Perak (88.1), Selangor (80.8), Sabah (79.6), Pahang (78.9), Putrajaya (76.9) dan Sarawak (73.3).