Malaysia Dateline

COVID-19: Pertama kali Malaysia catat empat angka, 1,228 kes

Malaysia dikejutkan dengan jumlah paling tinggi hari ini iaitu sebanyak 1,228 kes terbaharu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 25,742 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya hari ini berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 8,966 kes dan pesakit telah diasingkan dan diberi rawatan.

Katanya, daripada 1,228 kes baharu pada hari ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan tiga warganegara dan lapan bukan warganegara yang telah tiba dari negara Singapura (5 kes), Indonesia (3 kes), China (2 kes) dan Emiriah Arab Bersatu (1 kes).

“Sehingga kini, terdapat 92 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh (7) kes kematian berkaitan COVID-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 221 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” kata beliau.