Malaysia Dateline

COVID-19: Pertama kali Selangor tiada kes baharu

Negeri Selangor hari ini buat pertama kalinya tiada kes baharu positif COVID0-19 yang dicatatkan sekali gus menunjukkan rekod yang sangat menginspirasikan buat warga negeri itu.

Ketua Task Force COVID-19 Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tiada rahsia untuk kejayaan ini melainkan dengan dengan mengamalkan norma baru iaitu penjarakan fizikal, menjaga kebersihan diri serta memakai pelitup muka.

“Tahniah Selangor. Moga terus cemerlang.

“Tetaplah berdisiplin, jangan gagalkan usaha cemerlang ini,” pesan beliau dalam satu kenyataan ringkas.

Hari ini juga, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan hanya dua kes postif sahaja dicatat ianya melibatkan dua kes daripada kes import manakala satu kes lagi berlaku dalam penularan tempatan melibatkan bukan warganegara.