Malaysia Dateline

COVID-19: Pesakit 29 tahun antara yang maut kerana obesiti

Sejumlah 879 pesakit COVID-19 masih berada di wad ICU di seluruh negara di mana seramai 433 orang pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala 83 orang telah dilaporkan maut pada hari ini menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah 4,637 orang.

83 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 35 kes di Selangor, sembilan kes di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, lapan kes di Johor, masing-masing tujuh kes di Sabah dan Negeri Sembilan, enam kes di Kelantan, masing- masing tiga kes di Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, dua kes di Perak, serta masing-masing satu kes di Kedah, Melaka, dan Perlis.

Kesemua kes kematian hari ini melibatkan pesakit berumur dari 26 hingga 93 tahun, di mana kebanyakkan pesakit mempunyai sejarah penyakit iaitu darah tinggi, kencing manis, dan penyakit kronik.

Bagaimanapun seorang pesakit wanita berusia 29 tahun telah maut kerana obestiti walaupun tidak mempunyai latar belakang penyakit.