Malaysia Dateline

Covid-19: ‘Reda’ sedikit 8,574 kes, Selangor kekal lepasi 4,000 kes

Jangkitan baharu Covid-19 hari ini turun sedikit kepada 8,574 kes selepas tiga hari berturut-turut mencatatkan angka melebihi 9,000 kes.

Pertambahan baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan pandemik itu kini sebanyak 844,870 kes.

Selangor kekal merekodkan jangkitan harian tertinggi serta melepasi angka 4,000 iaitu 4,308 kes hari ini.

Sementara itu, hanya Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya mencatatkan dua angka iaitu masing-masing 66 kes dan 45 kes.

Tiada kes baharu Covid-19 dilaporkan di Perlis setakat jam 12 tengah hari tadi.

Berikut pecahan kes baharu Covid-19 setiap negeri dengan kumulatif kes dalam kurungan manakala perincian kes kematian dan lain-lain akan Kementerian Kesihatan umum lewat petang ini:

Selangor          – 4,308 (290,660)
WP KL             – 609 (89,567)
Johor               – 407 (75,235)
Sabah              – 298 (72,611)
Sarawak          – 235 (69,104)
Negeri Sembilan – 794 (53,186)
Pulau Pinang – 231 (36,850)
Kelantan         – 133 (36,274)
Perak               – 168 (29,278)
Kedah              – 415 (28,999)
Melaka            – 411 (22,286)
Pahang            – 314 (16,462)
Terengganu    – 140 (11,899)
WP Labuan     – 66 (9,207)
WP Putrajaya – 45 (2,644)
Perlis               – 0 (608)

Zon Pengurusan Bencana (DMZ) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, KL yang mula dibuka esok mampu menampung sebanyak 100 pesakit Kategori 3 dan 50 pesakit Kategori 4.