Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
COVID-19: Sarawak catat  empat kes baharu  pesakit disyaki

COVID-19: Sarawak catat empat kes baharu pesakit disyaki

MAHDAR BUJANGFebruary 14, 2020 1:05 pm




Sarawak telah mencatakan empat kes baharu pesakit disyaki (PUI) bagi COVID-19 hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan berkata, dua daripada kes baharu iru dilaporkan di Hospital Miri, dan manakala Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Sibu masing-masing mencatatkan satu kes.

Dengan empat kes baharu ini, Sarawak kini mempunyai 80 kes PUI terkumpul sejak 10 Januari hingga hari ini.

Jelas kenyataan itu, majoriti atau 59 kes daripada keseluruhan kes adalah warga Malaysia, 18 warganegara China sementara warganegara Thailand, Indonesia dan Kanada masing-masing seorang.

“64 kes diuji negatif dengan 16 lagi kes masih menunggu keputusan daripada ujian makmal.

“Kesemua 16 kes yang masih menunggu keputusan ujian melibatkan 13 warganegara Malaysia (tujuh di HUS, lima di Miri dan seorang di Sibu) dan tiga warganegara China (dua di HUS dan seorang di Miri,” ujarnya lagi.

Setakat jam 12 tengah pada Rabu, Jabatan Kesihatan telah mengimbas 5,095 kedatangan di pelbagai lapangan terbang, pintu masuk darat dan laut.

“Jabatan Kesihatan sekali lagi menasihatkan mereka yang jatuh sakit (demam, batuk dan sukar bernafas) dalam tempoh 14 hari sekembali dari China untuk mendapatkan rawatan segera.

“Mereka juga perlu memaklumkan doktor yang merawat mereka mengenai sejarah perjalanan mereka,”tambahnya.

Pada masa sama, semua doktor perlu melaporkan sebarang kes disyaki kepada Jabatan Kesihatan terdekat menggunakan borang notifikasi atau e-mel kepada cprc_sarawak.gov.my atau hubungi 082-443248.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production