Malaysia Dateline

COVID-19: Satu lagi kematian melibatkan pesakit dari Hospital Kuala Krai

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 20 kes.

Kes kematian ke-20 ini merupakan kes ke-780, lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020.

Hari ini sahaja terdapat 3 kes kematian iaitu mangsa ke-17 merupakan kes ke-1251, lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Johor disahkan meninggal dunia jam 4.10 pagi.

Dan mangsa ke-19 merupakan kes ke-1246, perempuan warganegara Malaysia berumur 68 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Johor pada 19 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot dan telah diberi bantuan pernafasan di ICU dan kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020, jam 12.53 pagi.