Malaysia Dateline

Covid-19: Sepang kes baharu tertinggi, dua kluster lagi di Selangor

Selangor mencatatkan jumlah kes baharu kedua tertinggi hari ini selepas Sabah iaitu 135 kes dengan 132 kes melibatkan penularan tempatan manakala tiga lagi kes import.

Daripada 132 kes penularan tempatan, 70 kes daripada pelbagai kluster, termasuk enam kes dari kluster baharu iaitu Kluster Taman Laut dan Kluster Bah Medan.

Sebanyak 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 21 kes lagi daripada lain-lain saringan Covid-19.

Berikut perincian bagi dua kluster baharu di Selangor:

Kluster Taman Laut

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-25,431) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lima (5) lagi kes positif Covid-19.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 123 individu telah disaring, di mana:
• Enam (6) kes dikesan positif Covid-19 (2 kes baharu);
• 18 individu dikesan negatif; dan
• 99 individu masih menunggu keputusan

Kluster Bah Medan

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sepang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12,112) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 3 Oktober 2020.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 19 lagi kes positif Covid-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana:
• 20 kes dikesan positif Covid-19 (4 kes baharu); dan
• 32 individu masih menunggu keputusan.

Sementara itu, 74 kes discaj direkodkan setakat jam 12 tengah hari tadi.

Bagi pecahan kes baharu di Selangor, kes tertinggi dicatatkan di daerah Sepang dengan 59 kes diikuti Petaling (23), Hulu Langat (19), Gombak (18), Klang (11) dan Kuala Langat lima kes.

Sementara itu, tiga daerah tidak mencatatkan kes baharu positif Covid-19 iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim bagi pertambahan 135 baharu di Selangor seperti berikut:

DAERAH SEPANG (59 kes)

Dengkil – 8 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) – 5 kes
Saringan Swasta – 1 kes
Saringan Tempat Kerja – 1 kes

Labu – 49 kes lokal
Saringan Bergejala – 3 kes
Saringan Kontak (Bah Medan) – 3 kes
Saringan Kontak (kluster Kaya) – 3 kes
Saringan Kontak Rapat – 9 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) – 30 kes
Saringan Pra-Pembedahan – 1 kes

Sepang – 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) – 1 kes

DAERAH PETALING (23 kes)

Bukit Raja – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Damansara – 6 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Laut) – 2 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes

Petaling – 3 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Cahaya) – 2 kes
Saringan Swasta – 1 kes

Sungai Buloh – 12 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Komuniti – 1 kes
Saringan Kontak (Bah Tropicana) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Melati) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Utama) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 5 kes
Saringan Pekerja (Kluster Melati) – 2 kes

Import A – 1 kes (Filipina)

DAERAH HULU LANGAT (19 kes)

Ampang – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Cheras – 3 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 2 kes
Saringan Tempat Kerja – 1 kes

Kajang – 11 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 8 kes
Saringan Tempat Kerja – 2 kes

Import A – 1 kes (India)

Semenyih – 3 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 3 kes

DAERAH GOMBAK (18 kes)

Batu – 3 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 2 kes
Saringan Tempat Kerja – 1 kes

Hulu kelang – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Kuang – 8 kes lokal
Saringan Komuniti – 6 kes
Saringan Kontak (kluster Simera) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Rawang – 5 kes lokal
Saringan Komuniti – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Palma) – 3 kes
Saringan Tempat Kerja – 1 kes

Import A – 1 kes (Indonesia)

DAERAH KLANG (11 kes)

Kapar – 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Auto) – 2 kes

Klang – 9 kes lokal
Saringan Kontak (Bah Manggis) – 1 kes
Saringan Kontak (kluster Keladi) – 1 kes
Saringan Kontak (kluster Mentari) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Merbok) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes
Saringan Pekerja (Kluster Keladi) – 2 kes

DAERAH KUALA LANGAT (5 kes)

Tanjung Dua Belas (1) – 1 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes

Tanjung Dua Belas (2) – 4 kes lokal
Saringan Kontak (kluster Kaya) – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) – 1 kes
saringan tempat kerja (Kluster Kaya) – 2 kes